1. Ubat sedut
( inhaler )
Gambar di atas menunjukkan mesin ubat sedut yang
sering digunakan untuk pesakit “Asthma” atau lelah.Alat ini mengandungi ubat
yang disimpan di bahagian dalam tengahnya.Pesakit lelah perlu memastikan ubat yang
ada sentiasa mencukupi dengan cara menekan bahagian atas ubat tersebut. Jika ada asap yang
keluar bermakna ubat masih ada di dalam alat ini.
Namun dengan adanya inovasi baru kepada mesin ubat sedut ini,
pengguna boleh mengetahui dengan mudah kuantiti ubat yang masih ada dengan melihat jumpa
kali (baki) penggunaan (puff) yang terdapat di
bahagian bawah alat ini dan dapat mengelakkan pembaziran ubat sewaktu menekan bahagian atas ubat untuk memastikan ubat masih ada atau pun tiada.
2.
Ceiling Mounted Lifts
Mesin ini pula merupakan alat yang
digunakan dalam penjagaan kejururawatan di luar negara dan masih belum bermula di
negara Malaysia.“Ceiling Mounted Lifts” merupakan alat inovasi terbaru yang
digunakan untuk tujuan memudahkan pergerakan pesakit sewaktu jagarawatan dijalankan kepada pesakit. Alat ini juga dapat mengelakkan luka pada kulit pesakit dan pesakit jatuh daripada katil.
3.
Robot pemantau di rumah
Pesakit yang berada di
rumah pastinya sukar untuk mendapatkan nasihat daripada jururawat atau pun doktor berkaitan sesuatu perkara.Oleh itu,
untuk memudahkan ahli keluarga atau penjaga pesakit, robot
ini akan digunakan dirumah dan akan disambungkan terus kepada doktor atau jururawat melalui telekomunikasi.
Sebagai contoh, sewaktu ahli keluarga hendak memandikan pesakit,
setiap pergerakan mereka akan dipantau oleh doktor atau jururawat dan teguran boleh diberikan secara terus apabila terdapat sebarang kesalahan dilakukan oleh ahli keluarga atau penjaga pesakit sewaktu memandikan pesakit.
Dengan adanya robot ini, pemantauan secara berterusan boleh dilakukan pihak kesihatan.
4.
Ultrasound mudahbawa
Mesin ultrasound ini kecil dan mudah dibawa. Ia dilengkapi dengan teknologi
yang membolehkan orang yang menggunakannya (sonographers)
untuk mengetahui perkembangan pesakit mereka. Selain itu,
pesakit juga boleh menghantar gambar yang telah dirakam daripada mesin mereka ke mesin
sonographer secara online.
5.
Jururawat robot
Jepun dikenali sebagai negara yang telah mengeluarkan banyak “super-realistic
androids”.Kini, negara tersebut mengeluarkan satu lagi produk terbaru yang
dikenali sebagai Actroid-F.Actroid-F telah diperkenalkan oleh Kokoro Co. Ltd.
Actroid-F telah dibina dalam bentuk yang menyerupai seorang manusia (humanoid) yang
berpakaian jururawat.Selain daripada itu, robot ini juga dilengkapi dengan mimik muka
yang kompleks seperti mengenyit mata, menggerakkan mata,
dan leher.Ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan. Robot
ini berkebolehan untuk meniru mimik muka dan pergerakan badan orang yang
mengawalnya.Namun, kaki robot ini masih lagi tidak boleh digunakan, ini bermakna,
robot ini tidak boleh bergerak daripada kerusinya.
Robot ini mempunyai 3 kamera.Kamera pertama tertumpu kepada orang yang
mengawal robot tersebut untuk menangkap mimik muka dan pergerakan orang tersebut.
Robot
seperti ini mampu membantu meringankan beban jururawat dengan membantu memantau pesakit
di wad atau pun di rumah sewaktu ketiadaan jururawat.
6.
Toyota’s robot nurse
Japanese Motor Giant Toyota telah memperkenalkan robot yang
bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan jururawat yang dikenali sebagai Toyota
Partner Robot program. Perkembangan robot yang terbaru ini memjanjikan rehabilitasi
program yang berjaya dalam meningkatkan kesihatan pesakit.Ini kerana, robot
ini boleh membantu pesakit berjalan, mengawal imbangan dan postur badan,
disamping membantu dalam proses memindahkan pesakit dari katil ke katil.
Robot ini dilengkapi dengan 4 rekaan yang berbeza
yang berfungsi untuk membantu pesakit untuk bergerak, mengurangkan tekanan pada kaki
dan lutut,
meningkatkan kawalan imbangan pesakit dan membantu jururawat untuk mengangkat pesakit dengan mudah.
7. Robot Scrub
Nurse
Inovasi ini diasaskan oleh Purdue Universiti, “Robotic Scrub Nurse” ini
bertindak balas dengan gerak tangan pakar bedah untuk membantu pakar bedah sewaktu pembedahan dijalankan.
Selain itu, dengan adanya robot ini,
risiko untuk berlakunya jangkitan mampu dikurangkan.Sistem ini menggunakan Kinect
kamera daripada Microsoft dan algoritma yang khas untuk membantu ia mengenal gerak tangan sebagai arahan untuknya melakukan kerja.
Ia dilengkapi dengan kelebihan untuk membezakan gerak tangan yang
bertujuan dan tidak bertujuan.
Sistem ini membantu dalam bidang kejururawatan kerana ia membolehkan jururawat untuk melakukan kerja
lain seperti memeriksa keadaan pesakit dan mengenal pasti sebarang komplikasi sewaktu pembedahan dijalankan.
8. Baju Dalam
Yang Memeriksa Kesihatan

Baju dalam yang direka khas ini adalah yang pertama kali dicipta yang
bertujuan untuk memeriksa secara berterusan biochemical pemakainya.Baju dalam ini terdiri daripada:
baju, patch, sensor dan mesin pemeriksaan elektronik.
Baju dalam ini telah menggunakan pendekatan baru untuk memantau biochemical tersebut iaitu dengan cara ia menggunakan kombinasi benang hidrofilik dan hidrofobik
yang ditenun bersama. Kombinasi itu akan menyalurkan peluh ke sensor
dan keputusan akan dikeluarkan.
Apabila fabrik tersebut menyampaikan beberapa mililiter peluh ke patch, sensor
akan mengenal pasti jumlah potassium, kloride dan sodium.
Dengan membandingkan keputusan yang baru dengan yang lama,
sistem akan memberitahu sama ada pesakit tertekan atau terlalu memaksa diris ewaktu sakit.
Bila patch penuh dengan peluh, barulah ia akan dibuang. Dengan adanya alat ini,
pesakit tidak perlu lagi dicucuk untuk mendapatkan darah untuk mengetahui jumlah potassium,
kloride dan sodium dalam badan.
9.
Jam ECG
Jam tangan ini mampu memeriksa tekanan darah dan ECG
seseorang pesakit dengan mudah dan tidak invasif. Tiada lagi wayar-wayar yang
meliliti badan dan mengganggu keselesaan.Selain daripada itu,
gajet ini juga membolehkan pesakit berkongsi maklumat dengan doktor dan jururawat melalui
internet.Dengan ini, pesakit tidak perlu lagi datang kerap kali ke hospital
atau klinik semata-mata untuk memeriksa tekanan darah.
10. Pocket Respiratory Laboratory
Mesin ini adalah yang pertama sekali menggabungkan 4 fungsi yang
sangat penting dalam memantau status
pernafasan seseorang pesakit.Keempat-empat fungsi tersebut termasuklah Spirometer,
Pulse oxymeter, eDiarydan 3D Motion Sensor.Gajet ini boleh di
cas semula dengan bateri lithium. Ini memudahkan kerja jururawat kerana dapat mengetahui keputusan
pulse oxymeter dan spirometer dengan serentak.Dengan ini sebarang masalah yang
berlaku kepada pesakit dapat dikesan dengan cepat kerana keputusan adalah hampir tepat.Pesakit boleh mencari maklumat atau
data yang ada di dalam mesin ini kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri pencarian maklumat
yang kuat dan keputusan boleh di cetak.