Pages

Tuesday, 16 June 2015

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial

Salam uolls..ni aku nak share plak pasal kebaikan dan keburukan laman sosial. Sekarang ni semua org ade Fb, Twitter, Email dan sebagainya. Dan aku pun tak terkecuali. Hahahah...tipulah kalau kata xde Fb okay!


SELAMAT MEMBACA!!


Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :


1. BERKOMUNIKASI


Boleh berhubung dengan rakan yang lama terpisah.Talian hubungan dapat diteruskan. Mengeratkan talian silaturrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Datuk Seri Najib Bin Abdul Razak. Bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan.


2. BOLEH MEMBANTU PROMOSI SESUATU.


Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan.


3. MUDAH MENYEBARKAN MAKLUMAT


Sebagai contoh, di waktu ketika dahulu ketika ingin melakukan kerja kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh diletakkan disana dan dimaklumkan dengan rakan-rakan.


4. PERKONGSIAN MAKLUMAT / ILMU


Kalau kita bijak mencari rakan yang sesuai, kita dapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan TV untuk mengetahui berita terkini.


Walau bagaimanapun, ada keburukan yang boleh diperoleh dari laman sosial ini. Antaranya ialah :


1. MELALAIKAN


Terlalu lama berdepan dengan teman² sosial sehingga menyebabkan lalai dengan tanggungjawab. Kadang² terganggu dengan tugas hakiki. Ianya juga mampu menggangu tumpuan terutamanya jika anda seorang "Gamers".


2. OBSES


Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial sehingga sukar untuk berenggang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Ada yang mengurung diri di dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberpa hari berterusan.


3. TERHAKIS PERGAULAN SECARA REALITI


Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak menggugat komuniti tempatan. Hubungan sesama jiran dan keluarga semakin renggang.


4. GANGGUAN KESIHATAN


Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu kusyuk menghadap komputer mampu memberikan impak yang buruk kepada tubuh badan.


5. GANGGUAN OLEH INDIVIDU YANG TIDAK DIKENALI.


Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Oleh kerana itu perlu berhati² dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan.


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com